Friday, 17 March 2017

Teknik Bearish Engulfing dan Bullish Engulfing

Hai semua traders.
Untuk menggunakan teknik ini. saya lebih suka menggunakan indicator yang dinamakan Center Of Gravity. Indicator ini mudah dilihat dan difahami. Indicator ini perlu digunakan dengan teknik Bearish Engulfing dan Bullish Engulfing. Anda juga boleh gabungkan Indicator ini dengan teknik pin bar ataupun Candle Reversal Pattern yang lain.

Fav saya, saya suka menggunakan indicator ini dengan Bullish Engulfing serta Bearish Engulfing.


Teknik ini sangat berkesan jika anda mengunakan Time Frame yang besar H4, daily. Namun Money Management anda perlu tepat dan betul. Selalunya saya menggunakan 5-15% risk daripada jumlah modal saya.

Macam mana nak kira risk anda?

Jumlah modal X 5% = RISIKO yang perlu anda guna sahaja

Contoh = modal 100$

5/100 X 100 = 5$ , jadi itulah risiko yang anda boleh hilang jika anda buka trade. Dalam teknik saya ini saya menggunakan nisbah 1:2 iaitu loss 1 : win 2. 

Sebenarnya dalam dunia forex ini, ada kalanya anda loss dan ada kalanya anda win. Namun tiada satupun teknik dalam forex yang menjamin 100% win. Hanya ada, cara untuk meminimumkan kerugian dan memaksimum keuntugan.

Berbalik kepada teknik di atas. Teknik ini sangat berkesan. Namun anda perlu melihat terlebih dahulu Candle Reversal Signal (ditanda Biru)setelah price mencecah line hijau atau line kuning di bawah atau di atas..

Garisan biru di tengah merupakan Garis dimana anda boleh keluar daripada trading anda atau dengan kata mudahnya TP minimum anda. Digalakkan untuk trade sehingga level ini sahaja. Potensi profit untuk satu trade ini 50-100 PIPS. Lumayan kan. Namun untuk mendapatkan indicator ini. Anda boleh menghubungi saya di Talian (012-5972101) . Harga bagi Indicator ini ialah RM500.00 .  Semoga iindicator ini dapat membantu anda semua dan trading anda.

Wednesday, 22 February 2017

Waktu Sesuai Untuk Trading FOREX

Assalamualaikum. Berjumpa kita kembali dalam sesi untuk berkongsi ilmu dalam trading Forex. Pertama sekali, saya merupakan seorang yang masih baru jugak dalam trading Forex ini. Berpengalaman dalam tempoh 4 tahun. Dikira masih muda dan baru berbanding otai-otai yang lain.

Posting saya pada hari ni untuk berkongsi kepada semua mengenai waktu yang paling mujarab untuk anda mula trading.

Ahad dan Sabtu market kebanyalam close dan jarang kita nak jumpa broker-broker yang aktif pada hari berkenaan

Isnin tidak digalakkan untuk trading

Selasa boleh intai dulu movement pattern

Rabu dan Khamis adalah hari yang terbaik untuk anda setup trading anda
- waktu aktif pula perlu kita lihat . Kebanyakan Pro-Trader akan trading jam 3 petang hingga 12 malam kerana waktu ini market sangat aktif. Jangan sesekali trade jika market tidak aktif. Ingat tu. Ini pesanan saya, sebab saya dah kena banyak kali dah sampai akaun saya mc(margin call).

Saturday, 18 February 2017

APA ITU FOREX?

FOREX adalah singkatan bagi Foreign Exchange atau bahasa mudahnya pertukaran matawang dunia. Seperti mana yang kita tahu, tiap-tiap negara mempunya matawang yang berlainan, jadi di sinilah wujudnya keperluan untuk sesebuah pasaran untuk melakukan aktiviti jual beli matawang asing. Jangan ingat matawang tak boleh dibeli, Bukan setakat jual beli ikan sayur ja kat pasar, matawang pun ada pasaran dia juga. Untuk pengetahuan semua,FOREX adalah PASARAN KEWANGAN TERBESAR  DI DUNIA, iaitu dengan nilai transaksi kira-kira USD 5 TRILLION untuk masa SEHARI. kalau kita nak convert duit Malaysia.. memang dalam akaun ada banyak 00000000000000 .. macam lagu Awi Rafael tu...

Pasaran FOREX ini dibuka 24 jam, 5 hari seminggu dari hari Isnin hingga Jumaat. Macam waktu kita kerja. Jadi tak hairan lah ramai yang buat full time income dengan FOREX. Pasaran FOREX ni dia close pada HARI SABTU DAN AHAD SERTA PUBLIC HOLIDAY(sesetengah negara) bagi semua dagangan matawang. 

Pasaran Utama FOREX akan bermula dengan AUSTRALIA / NEW ZEALAND, diikuti oleh JEPUN, kemudian EURO / UK, dan akhir sekali US/CANADA. Kitaran ni berlaku hari-hari. Bila market us close ja, market Australia pulak buka, lepas tu market Jepun dan seterusnya.

Terdapat 7 Kelebihan FOREX Berbanding Pasaran Lain
1) Pasaran yang dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu.
2) Urusan transaksi yang sangat cepat
3) Modal permulaan yang sangat minimum dan kita mampu untuk trading
4) Pasaran FOREX ada dua hala
5) Forex menawarkan LEVERAGE
6) Risiko yang terhad
7) Boleh dilakukan di mana-mana sahaja