Wednesday, 22 February 2017

Waktu Sesuai Untuk Trading FOREX

Assalamualaikum. Berjumpa kita kembali dalam sesi untuk berkongsi ilmu dalam trading Forex. Pertama sekali, saya merupakan seorang yang masih baru jugak dalam trading Forex ini. Berpengalaman dalam tempoh 4 tahun. Dikira masih muda dan baru berbanding otai-otai yang lain.

Posting saya pada hari ni untuk berkongsi kepada semua mengenai waktu yang paling mujarab untuk anda mula trading.

Ahad dan Sabtu market kebanyalam close dan jarang kita nak jumpa broker-broker yang aktif pada hari berkenaan

Isnin tidak digalakkan untuk trading

Selasa boleh intai dulu movement pattern

Rabu dan Khamis adalah hari yang terbaik untuk anda setup trading anda
- waktu aktif pula perlu kita lihat . Kebanyakan Pro-Trader akan trading jam 3 petang hingga 12 malam kerana waktu ini market sangat aktif. Jangan sesekali trade jika market tidak aktif. Ingat tu. Ini pesanan saya, sebab saya dah kena banyak kali dah sampai akaun saya mc(margin call).

Saturday, 18 February 2017

APA ITU FOREX?

FOREX adalah singkatan bagi Foreign Exchange atau bahasa mudahnya pertukaran matawang dunia. Seperti mana yang kita tahu, tiap-tiap negara mempunya matawang yang berlainan, jadi di sinilah wujudnya keperluan untuk sesebuah pasaran untuk melakukan aktiviti jual beli matawang asing. Jangan ingat matawang tak boleh dibeli, Bukan setakat jual beli ikan sayur ja kat pasar, matawang pun ada pasaran dia juga. Untuk pengetahuan semua,FOREX adalah PASARAN KEWANGAN TERBESAR  DI DUNIA, iaitu dengan nilai transaksi kira-kira USD 5 TRILLION untuk masa SEHARI. kalau kita nak convert duit Malaysia.. memang dalam akaun ada banyak 00000000000000 .. macam lagu Awi Rafael tu...

Pasaran FOREX ini dibuka 24 jam, 5 hari seminggu dari hari Isnin hingga Jumaat. Macam waktu kita kerja. Jadi tak hairan lah ramai yang buat full time income dengan FOREX. Pasaran FOREX ni dia close pada HARI SABTU DAN AHAD SERTA PUBLIC HOLIDAY(sesetengah negara) bagi semua dagangan matawang. 

Pasaran Utama FOREX akan bermula dengan AUSTRALIA / NEW ZEALAND, diikuti oleh JEPUN, kemudian EURO / UK, dan akhir sekali US/CANADA. Kitaran ni berlaku hari-hari. Bila market us close ja, market Australia pulak buka, lepas tu market Jepun dan seterusnya.

Terdapat 7 Kelebihan FOREX Berbanding Pasaran Lain
1) Pasaran yang dibuka 24 jam sehari dan 5 hari seminggu.
2) Urusan transaksi yang sangat cepat
3) Modal permulaan yang sangat minimum dan kita mampu untuk trading
4) Pasaran FOREX ada dua hala
5) Forex menawarkan LEVERAGE
6) Risiko yang terhad
7) Boleh dilakukan di mana-mana sahaja